Wednesday, January 31, 2007

Peraturan Dan Keselamatan:Makmal komputer

Peraturan Dan Keselamatan:

Makmal komputer
PANDUAN PENGGUNAAN KOMPUTER MIKRO
B.1
Am
a)
Pengguna komputer mikro adalah bertanggungjawab terhadap
penjagaan dan keselamatan peralatan yang disediakan;
b)
Peralatan yang dipasang tidak boleh diubahalih daripada
tempat asal tanpa kebenaran;
c)
Pastikan suis punca elektrik dihidupkan terlebih dahulu
sebelum menggunakan komputer mikro dan pencetak;
d)
Suis komputer mikro dan punca elektrik hendaklah ditutup
sekiranya tidak digunakan;
e)
Kawasan persekitaran yang menempatkan peralatan hendaklah
sentiasa dalam keadaan bersih;
f)
Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke
bilik berkenaan;
g)
Pengguna adalah dilarang merokok semasa menggunakan
peralatan;
h)
Pengguna hendaklah menggunakan peralatan untuk tujuan
rasmi sahaja; dan
i)
Sebarang kerosakan peralatan dan masalah perisian hendaklah
dilaporkan kepada BTM.
B.2
PENGGUNAAN
a)
Pengguna hendaklah menggunakan komputer mikro dengan
cara yang betul;
b)
Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa "scan" disket yang
digunakan;
c)
Pengguna tidak dibenarkan memformat cakera padat;
d)
Pengguna tidak boleh memasukkan sebarang perisian ke dalam
cakera padat;
e)
Pengguna tidak dibenarkan menyimpan fail/data ke dalam
cakera padat melainkan dengan kebenaran;
f)
Pengguna dikehendaki menggunakan disket untuk menyimpan
fail masing-masing;
g)
Disket-disket yang digunakan hendaklah dilebelkan mengikut
peringkat keselamatan dan menjadi tanggungjawab mereka
untuk menjaganya;
h)
Disket-disket yang mengandungi maklumat/data penting
hendaklah dibuat salinan dan disimpan di tempat berasingan;
i)
Pengguna
boleh
membuat
rujukan
mengenai
perisian/peralatan melalui manual-manual yang disediakan;
dan
j)
Apabila mencetak, gunakan kertas pencetak tanpa pembaziran.

 

No comments: