Wednesday, January 31, 2007

Sistem komputer

 Sistem komputer merupakan satu gabungan perisian dan perkakasan komputer yang memproses data secara bermakna. Sebagai contoh, komputer peribadi atau PC merupakan satu sistem komputer yang mudah. Manakala Internet merupakan satu sistem komputer yang agak rumit.

Komputer yang paling mudah pun dikira sebagai satu sistem komputer, kerana kedua-dua komponennya (perisian dan perkakasan) perlu bekerjasama. Dan bila berkata tentang sistem komputer, satu perkara yang turut diperkatakan ialah "saling sambungan" (interconnection). Kebanyakan sistem komputer saling bersambung/berhubung untuk menjadi sistem yang lebih besar. Penyambungan ini boleh menjadi rumit disebabkan oleh ketakserasian antara perisian-perisian dan perkakasan-perkakasan sistem tersebut.
2.0 SISTEM KOMPUTER

Sistem utama komputer terbahagi kepada 4 bahagian :

i) Input (Kemasukkan data)

ii) Unit Pemprosesan Pusat (UPP) atau Central Processing Unit (CPU)

iii) Storan (Penyimpanan data)

iv) Output (Keputusan data / Hasil )



INPUT -> CPU (Proses) -> OUTPUT

|

STORAN


· Input yang dihantar ke Unit Pemproses Pusat (UPP) akan diproses lalu dihantar ke Output atau disimpan di dalam storan.



3.0 INPUT


Input adalah dimana data dimasukkan. Ia terdapat dalam berbagai bentuk :


i) Papan Kekunci (Keyboard)

Ia adalah yang paling popular. Terdapat dalam 101 kekunci atau 104 kekunci. Ia hampir sama dengan mesin taip, bezanya, Ia mempunyai kekunci-kekunci khas seperti tab, Shift, Ctrl, Page Up, Page Down, Backspace dan lain-lain serta kekunci fungsi iaitu F1-F12


ii) Tetikus (Mouse)

Ia kerapkali digunakan bersama dengan aplikasi Windows. Terdapat dalam berbagai jenis :

a) Tetikus 2 button

b) Tetikus 3 button

c) Track Ball ( untuk komputer buku (notebook))

d) Active Pad

iii) Touch Screen

Sejenis screen yang aktif bila disentuh


iv) Light Pen

Sejenis pen elektronik yang digunakan didalam melukis grafik atau pelan (CAD)


v) Optical Character Reader (Pembaca Aksara Optik)

Ia dapat membaca karbon pensil dan hampir sama seperti kegunaan dalam bar code reader dalam barangan.


vi) Magnetic Ink Color (Pembaca Dakwat Magnetik)

Ia digunakan dalam membaca cek.


vii) Joystick (Kayu Ria)

Digunakan dalam permainan video. Berfungsi lebih cepat dari papan kekunci dan berupaya berpusing 360 darjah.


viii) Voice Input System

Menggunakan pembesar suara dan microfon


ix) Pad Pendigit

Lukisan boleh dibuat di atas pad ini dan dihantar ke komputer


x) Kad Tebuk

Ia adalah input pertama yang pernah digunakan. Ia selalunya diguna pada komputer jenis kerangka utama (Mainframe).

Terdiri dari turus 96 dan 80.

Satu turus mewakillik satu abjad. Diguna secara ‘off-line’. Ia terpaksa disusun mengikut turutan untuk diproses.


4.0 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (UPP) / CENTRAL PROCESSING UNIT (CPU)

CPU adalah tempat pemprosesan data berlaku. CPU terbahagi kepada 2 unit utama



i) Unit Kawalan

Unit kawalan adalah unit paling utama dimana ia digunakan untuk :

a) Mengawal aliran data

b) Mengawal langkah-langkah aturcara

c) Mengeluarkan arahan kepada unit-unit lain (input, output atau storan)


ii) Unit Arithmetik Logik

Ia adalah bertujuan untuk membuat perbandingan atau operasi logik


5.0 OUTPUT

Output adalah dimana hasil keputusan pemproses dihantar untuk rujukan. Ia terdiri dari :

i) Skrin (Monitor)

Terbahagi kepada beberapa jenis :

a) Color Graphics Adapter (CGA)

- 320 x 200 pixel (16K warna)


b) Enhanced Graphics Adapter (EGA)

- 640 x 360 pexel (64K warna)

c) Video Graphics Array (VGA)

- 1024 x 768 poxel (256K warna)


d) Enhanced Super Video Graphics Array (ESVGA)

- 16M warna


· pixel = picture element


ii) Pencetak (printer)

Ia juga terdiri dari 2 jenis :

a) Pencetak Hentaman (Impact)

Dot Matrik

- Mencetak bising

- 30-600 huruf per saat

- Mencetak dari kiri ke kanan (bidirectional printing)

- Mampu mencetak grafik

- Tidak menyokong cetakkan warna


Daisy Wheel

- Melakukan cetakkan melalui piring yang diperbuat dari besi atau plastik

- 300-600 huruf per saat

- Juga bising ketika mencetak

b) Pencetak Tidak Hentam (Non Impact)

Thermal

- Menggunakan haba

- 10-80 huruf / saat

- Menggunakan kertas yang mahal

- Kepala cetakkan istimewa


Elektrosensitive

- setanding dengan thermal

- agak bising

- Membentuk huruf melalui percikan kepada kepala cetak ke kertas

- 160 aksara (huruf) / saat


Ink Jet

- Agak mahal

- Mampu mencetak warna

- Selalunya digunakan untuk peribadi


Laser

- 18000 baris / minit

- Mahal

- Senyap ketika mencetak

- Mampu mencetak warna

- Digunakan dipejabat

- Menggunakan laser dan toner


· Membeli pencetak :

· Kelajuan

· Kualiti cetakkan

· Bunyi

· Sokongan perisian

· Penggunaan dakwat

· Tulisan (fonts) yang disediakan


6.0 STORAN

Storan adalah tempat penyimpanan data. Diukur dalam skala Bit, Bait, Kilobait, Megabait, Gigabait dan Terabait (Bit, Byte, Kilobyte, Megabyte, Gigabyte and Terabyte) . Ia terbahagi kepada dua :


i) Storan Utama (Primer Storage)


a) Memori (Memory)

Ia adalah ingatan utama komputer. Terbahagi kepada dua;

i) Read Only Memory (ROM) / Memori Baca Sahaja

Ia ditanam secara kekal didalam cip memori dan hanya untuk dibaca sahaja.

ii) Random Access Memori (RAM) / Memori Capaian Rawak

Ia adalah ingatan sementara. Apabila tiada bekalan kuasa ia akan terpadam. Ia boleh ditambah dengan membeli cip memori tambahan (2M, 4M, 8M, 16M, 32M)


b) Cache Memory

Didapati daripada cip tambahan di CPU secara external (luaran) atau internal (dalaman).


ii) Storan Sekunder (Secondary Storage)

Ia boleh disimpan secara kekal. Mampu menyimpan lebih banyak data dari memori RAM. Walaupun begitu, capaiannya agak lambat.


a) Cakera Magnetik

Disaluti oleh ‘Ferrous Oxide’ yang memegang cas elektro magnetik.

Menggunakan kod ASCII dan EBCDEC

Dibahagi mengikut sektor (1 sector = 512 byte)

Data-data disimpan mengikut track (File Allocationm Table (FAT) yang dibuat oleh Sistem Pengoperasian.


Terbahagi kepada beberapa jenis ;


i) Cakera Keras / Cakera Liat (HardDisk)


Mempunyai keupayaan menyimpan data dari 40 Megabyte - 4.5 Gigabyte


ii) Cakera Liut (Floppy Disk)


Terbahagi kepada dua saiz :


*) 5 ¼ inci

Mampu meyimpan data sebanyak 360K (Double Density) dan 1.2M (High Density)

**) 3.5 inci

Mampu menyimpan data sebanyak 720K (Double Density) dan 1.44M (High Density)

b) CD-ROM (Compact Disk -Read Only Memory)

Ia mampu menyimpan data dari 600M - 650M. Hanya boleh dibaca sahaja. Selalunya digunakan dalam industri multimedia.

Keluaran terbaru ialah CD-RW (Compact Disk - Read Write)

Ia boleh dibaca dan ditulis bagi menyimpan data multimedia.


c) Pita Magnetik

Ia seperti gulungan filem. Disaluti oleh ‘iron oxide’ dan berukuran ½ inci lebar dan berdiameter 10 ½ inci.

Selalunya digunakan bagi membuat data pendua (backup).

Data yang disimpan dicapai dengan cara jujukan.


7.0 CIP

Cip adalah litar terkamir yang diperbuat dari silikon yang boleh didapati didalam pasir. Cip yang paling utama didalam sesuatu komputer ialah Cip Pemproses (Processor)

Cip Pemproses (Processor)

Ia akan menentukan kelajuan memproses data bagi sesebuah komputer. Antaranya :


i) 80826

ii) 80836 SX dan DX

iii) 80486 SX, DX2 dan DX4

iv) Pentium

v) Pentium Pro

vi) Pentium Pro MMX (Multimedia Extension)

vii) Pentium II


SX = 16 bit

DX = 32 bit

SL = menggunakan bekalan elektrik rendah dan digunakan pada komputer buku (notebook).


Kelajuan juga ditentukan oleh speed cycle yang diukur dalam Mega Hertz (MHz). Contohnya :

486DX 16MHz dan 486DX2 66MHz.


Antara syarikat-syarikat terkemuka yang mengeluarkan cip ialah :


i) Intel

ii) AMD (Advance Micro Device)

AMD K5, AMD K6

iii) Cyrix

5x86, 6x86 (M1)

iv) PowerPC (IBM, Apple dan Motorola)

CISC (Computer Instructions Set Computing), RISC (Reduce Instructions Set Computing)


Bus


Bus ialah laluan elektronik yang terdapat pada kad-kad kawalan pada papan utama (Motherboad). Lebih lebar bus maka lebih lajulah data di alirkan.

Di ukur dalam 8, 16, 32, 64 bit dan dalam MHz.

Jenis-jenis bus ialah :


i) ISA (Industry Standard Architecture)

Ia adalah yang paling awal dan perlahan

Hanya berkeupayaan 8MHz, 16 bit

Bertujuan untuk menghantar data ke modem.


ii) VL-BUS (Video Local Bus)

Didapati didalam komputer jenis 486 keatas.

Bertujuan menghantar data ke monitor.

Berkeupayaan 66Mhz, 32 dan 64 bit.

iii) PCI-BUS (Peripheral Component Interconnect)

Ia adalah yang terbaru.

Ia bertujuan mengawal alatan yang berkeupayaan tinggi.

Berkeupayaan 66MHz, 32 dan 64 bit.

Boleh didapati didalam komputer jenis Pentium dan Pentium Pro keatas.
















































Pereka sesuatu sistem komputer mungkin tidak mengambil kira faktor sambungan produk mereka dengan sistem lain, contohnya Mac dengan PC. Menjadi tugas penyelia sistem (systems administrator) untuk menghubungkan pelbagai komputer menggunakan satu set peraturan dan kekangan yang dipanggil protokol; yang mentakrifkan "pandangan luar" (outside view) sistem tersebut. Pandangan luar inilah yang menentukan bagaimana satu sistem bersambung dengan sistem yang lain. Jika dua sistem mempunyai pandangan luar yang sama, maka ia boleh saling bersambung dan menjadi sistem komputer yang lebih besar.

"Pandangan luar" ini biasanya mempunyai piawai tersendiri, yang bermakna ia mempunyai satu dokumen yang menerangkan semua peraturan yang perlu dipatuhi sesuatu program atau peranti. Badan antarabangsa seperti Pasukan Bertindak Kejuruteraan Internet (IETF) atau Institut Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (IEEE) biasanya menghasilkan atau mengiktiraf piawaian-piawain tersebut. Jika sesuatu sistem mengikut segala peraturan tersebut, ia dikatakan "mematuhi" piawaian tersebut.

Organisasi sistem komputer merupakan cara sesuatu ciri itu dilaksanakan. Ia melihat bagaimana pereka sistem menggambarkan maklumat kepada CPU, ingatan utama dan storan komputer.

No comments: