Wednesday, January 31, 2007

Sukatan Literasi Komputer

T1A1

(40 minit)

Peraturan Dan Keselamatan:

Makmal komputer.

Penjagaan cakera dan komputer.

Keselamatan pengguna dan data.

Pengenalan kepada virus komputer dan langkah-langkah pencegahan



T1A2

(80 minit)

Pengenalan Kepada Komputer

Apakah dia komputer?

Bahagian-bahagian utama sistem komputer (input, unit pemprosesan pusat, ingatan, output - pembelajaran konsep melalui gambar rajah blok).

Etika penggunaan komputer,

hakcipta dan penyalahgunaan komputer.

Kegunaan komputer



T1A3

(160 minit)

Penyesuaian Dengan Sistem Komputer

Pengenalan kepada bahagian-bahagian komputer.

Kemahiran asas penggunaan papan kekunci.

Asas penjagaan perisian dan perkakasan.

Penggunaan pencetak.



T1A4

(200 minit)

Asas Sistem Pengendalian

Pengenalan kepada persekitaran sistem pengendalian jenis teks dan grafik.

Konsep fail, direktori dan subdirektori.

Konsep direktori semasa(current directory).

Makna fail backup dan kepentingannya.

Penggunaan kemudahan bantuan (help).

Perintah-perintah asas

Pengemudian direktori/bergerak dari direktori ke direktori

Menyalin fail dan cakera

Melakukan (execute) aplikasi

Fahaman asas tentang kegunaan Sistem Pengendalian



T1A5

(640 minit)

Asas Pemprosesan kata

Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan.

Memula, menaip, menyimpan, memuat dan mencetak dokumen.

Penyuntingan asas (kawalan kursor, memadam teks, menyelit teks(insert), menengahkan teks (center), menggariskan teks, menebalkan teks (bold) dan mengitalikkan teks).

Menukar jenis dan saiz fon.

Menukar pelarasan teks (justification).

Menukar saiz halaman (A4 atau letter) dan orientasi halaman (portrait atau landscape)

Memotong, menyalin dan menampal teks.



T1A6

(400 minit)

Grafik



Jika perisian pemprosesan kata yang digunakan untuk menjalankan aktiviti di T1A5 mempunyai kemudahan grafik, bahagian grafik ini boleh diajar dengan mengunakan pemprosesan kata itu.

Pengenalan, ciri-ciri dan kelebihan

Membina dan menyunting grafik

Menyimpan, memuat dan mencetak fail grafik

Pengabungan teks dan grafik untuk menjalankan aktiviti penerbitan setempat (desktop publishing)



T1A7

(80 minit)

Pengenalan Kepada Hamparan Elektronik

Demonstrasi kegunaan perisian hamparan elektronik

ciri-ciri dan kelebihan perisian hamparan elektronik



T1A8

(80 minit)

Pengenalan Kepada Internet

Konsep Internet dan ciri-ciri Internet

Demonstrasi kegunaan kemudahan Internet (jika ada kemudahan di sekolah)



Jumlah Masa: 1680 minit

 

No comments: